Madu Kelulut Abella Trigona Company
Updated: Jun 28, 2021
Fakta-fakta menarik tentang madu kelulut

Apakah Itu Kelulut
Sepertimana lebah madu, lebah kelulut (atau meliponini) ialah ejen pendebungaan yang mengumpul madu. Tetapi, kelulut tidak mempunyai sengat dan juga tidak menyerang manusia. Terdapat kurang lebih 500 spesis kelulut di serata dunia, terutamanya di kawasan-kawasan tropika di benua Australia, Afrika, Amerika, dan juga di Asia Tenggara.
Fakta Madu Kelulut
Madu kelulut mempunyai nilai khasiat yang jauh lebih tinggi berbanding madu lebah.
Apabila direndam di dalam madu kelulut, khasiat and potensi herba-herba akan meningkat.
Penduduk di benua Afrika dan Amerika Selatan menggunakan madu kelulut sebagai ubat untuk merawat pelbagai penyakit kerana madu kelulut mempunyai sifat anti-bakteria, anti-oksida, anti-radang, serta mempunyai nilai khasiat yang sangat tinggi.
Madu kelulut membantu melancarkan peredaran darah, meningkatkan imunisasi, menjaga kesihatan dan kecantikan, membuang toksin, mengawal gula dalam darah, dan mencegah pelbagai penyakit.
Madu kelulut juga digunakan untuk merawat luka luaran dan dalaman, gastrik, alahan, demam, ulser, infeksi, selesema, batuk, dan sebagainya. Kajian dari Universiti Sains Malaysia mendapati madu kelulut berupaya mengurangkan keparahan penyakit COVID19.doi.org/10.21315/mjms2020.27.2.17
Awas! Madu Kelulut Tiruan
Permintaan madu kelulut yang semakin meningkat di pasaran menyebabkan sesetengah pengusaha madu kelulut menambah bahan campuran ke dalam madu kelulut untuk menambah pengeluaran. Berwaspadalah dengan sindiket yang menjual madu kelulut tiruan untuk mengaut keuntungan.
Madu Kelulut Abella Trigona Company
Madu Kelulut Abella Trigona yang diusahakan di Lubuk Antu, Sarawak merupakan madu kelulut asli Sarawak. Ianya organik, tanpa diproses, dan tanpa bahan pengawet. Persekitaran yang bebas pencemaran serta dipenuhi tumbuhan-tumbuhan herba yang mempunyai nilai perubatan yang tinggi membuatkan madu kelulut keluaran Abella Trigona lebih enak dan berkhasiat berbanding madu kelulut biasa di pasaran.