top of page
Search

Di sebalik tabir... Wawancara TVS

Abella Scent's HQ - 29 Mei 2021


Pada 28/5/2021, sehari sebelum berlangsungnya PKP 3.0 Bagi Negeri Sarawak, Abella Scentz HQ menerima tawaran untuk diwawancara oleh salah satu stesen Telekomunikasi iaitu TVS SARAWAK .


Wawancara kali ini adalah kali Kedua kami dipilih untuk diwawancara oleh mereka atas pencapaian yang telah kami perolehi selama setahun lebih sejak Abella Scentz diasaskan. Kami berasa dihargai kerana diberi peluang untuk diwawancara serta memperkenalkan produk Borneo ke serata negara.


Jika dulu Sarawak dikenali dengan laksa sarawak dan juga kek lapis Sarawak, sekarang Sarawak mulai dikenali juga sebagai negeri pertama yang menghasilkan wangian dari ekstrak lebah kelulut. Objektif utama Abella Scentz ianya kerana ingin orang tahu bahawa Sarawak berpotensi besar menghasilkan produk yang unik serta boleh menjadi identiti negeri kita.


Dengan keadaaan ekonomi yang merundum dan juga pandemik COVID19, kami berhadap agar Abella Scentz dapat membantu rakyat yang terjejas dan kehilangan sumber pendapatan, sekaligus membantu mereka meneruskan kelansungan hidup serta meningkatkan taraf hidup.


Ingat Wangian, Ingat Abella Scent'z

8 views

Recent Posts

See All
bottom of page