top of page
Search

Roti lebah (bee pollen)

Trigona Familyz Farm


Apakah roti lebah? Roti lebah, yang juga dikenali sebagai polen lebah (bee pollen) amatlah berbeza berbanding polen/debunga tumbuhan (plant pollen) yang selalu kita dengar. Roti lebah (bee pollen/ bee bread) adalah campuran debunga tumbuhan, madu/nektar dan juga air liur lebah. Roti lebah ialah sangat unik kerana mengandungi nilai khasiat yang amat tinggi.


Roti lebah telah digunakan sejak berkurun lalu pada era tamadun purba sebagai sumber makanan tambahan dan juga untuk rawatan pelbagai jenis penyakit. Sebagai contoh, Hippocrates telah menyatakan bahwa roti lebah adalah bahan makanan kesihatan yang terbaik. Tamadun Mesir dan Cina purba pula telah menyatakan roti lebah ialah sumber makanan perubatan dan awet muda.


Kajian menunjukkan roti lebah mengandungi 55% karbohidrat, 35% protein, 3% bahan galian & vitamin, 2% asid lemak dan 5% kandungan bahan-bahan lain. Secara umumnya pengambilan roti lebah boleh meningkat sistem imuniti tubuh (kerana kandungan anti-oksidan yang tinggi) dan meningkatkan pengambilan oksigen.


Selain itu, roti lebah juga digunakan untuk tujuan berikut:

  • Meningkatkan tenaga

  • Meningkatkan stamina

  • Untuk meningkatan penafasan bagi mereka yang ada masalah dengan penyakit yang berkaitan dengan penafasan seperti asma

  • Membantu merawat allergi (alahan)

  • Rawatan berkaitan dengan masalah darah dan kandungan kolesterol tinggi

  • Masalah mati pucuk, masalah yang berkaitan menopaus dan kesuburan

  • Diabetes

  • Kekurangan darah merah

  • Bahan bantuan untuk rawatan obesiti dan meningkatkan berat badan

  • Digunakan untuk rawatan rheumatoid arthritis

  • Sebahagian daripada diet untuk makanan kesihatan


Roti lebah boleh diambil dalam bermacam bentuk sama ada diambil mentah (segar dari sarang), sejuk beku, atau diproses menjadi suplemen tambahan dalam bentuk serbuk. Roti lebah terbaik adalah ialah roti lebah yang telah dicampur dengan air liur lebah dan bukannya roti lebah yang dikumpul dari kaki lebah ketika lebah berkenaan memasuki sarangnya.

25 views

Recent Posts

See All
bottom of page